0

PASUKAN Johor Darul Ta'zim mempamerkan aksi yang sangat mengkagumkan apabila membenam pasukan Pahang bagi menjuarai perlawanan pembukaan musim 2015 dan juga Piala Sumbangsih.

Perlawanan yang berlansung malam tadi di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus Larkin nyata menyebelahi pasukan JDT apabila menguasai perlawanan sebaik sahaja wisel permulaan perlawanan ditiup. Asakan bertali arus dengan strategi taktikal yang memukau penonton nyata memuaskan hati semua pihak.

Corak permainan pasukan JDT nyata berbeza berbanding aksi terakhir mereka musim lepas di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang turut berdepan pasukan Pahang.

Separuh masa pertama tampak JDT menguasai sepenuhnya perlawanan dengan kadangkala Pahang cuba untuk menyerang kubu JDT namun sentiasa sahaja dapat dihalang oleh barisan pertahanan yang terdiri daripada S Kunanlan, Fadhli Shah, Junior Esterdel dan juga Marcos Antonio.

JDT mendapat gol pertama mereka pada minit yang ke 35 hasil tandukan pemain pertahanan mereka Marcos Antonio yang menerima hantaran daripada sepakan sudut yang di ambil oleh ketua pasukan, Safiq Rahim.

Menyusul separuh masa kedua, Pahang dilihat bertukar corak permainan mereka yang lebih agresif dan menyerang. Namun asakan bertali arus Pahang tidak dapat membuahkan gol namun sebaliknya JDT menambah koleksi gol mereka dengan tandukan cantik daripada Luciano Figuera yang menerima hantaran cantik sepakan sudut oleh Safiq Rahim.

Keputusan perlawanan adalah JDT berjaya menumpaskan Pahang dengan jaringan 2-0 dan juga memperoleh 3 mata pertama dalam saingan Liga Super 2015.

Post a Comment

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top