0

Nama Irfan Ghani mula menjadi bualan seluruh masyarakat khususnya peminat sukan bola sepak tanahair berikutan kontroversi terowong dan sumpah yang berlaku pada musim lepas. Umum mengetahui apa yang berlaku pada waktu itu.

Kontroversi mula tercetus apabila ketika itu pasukan T-Team tidak meneruskan perlawanan dengan JDT. Dikhabarkan berlakunya insiden di dalam terowong semasa menuju ke bilik persalinan. Perkara tersebut tidak diketahui kesudahannya sehinggalah musim 2014 telahpun berakhir.

Pada ketika itu, tindakan Irfan Ghani yang tiba-tiba tampil membela JDT sedangkan dia ketika itu merupakan pemain pasukan T-Team menimbulkan persoalan ramai pihak. Ianya lebih menimbulkan prasangka apabila secara kebetulan Irfan adalah anak kelahiran Johor.

Drama terus berlarutan apabila Irfan Ghani membuat akuan sumpah sambil memegang Al-Quran menyatakan dia bercakap benar dalam masa yang sama pihak T-Team juga bersumpah al-Quran. Kemuncak drama pada ketika itu adalah Irfan mengumumkan bersara daripada dunia bola sepak dengan alasan menjaga ibunya yang sakit dan mahu mencari kerja yang lain.


Setelah pengumuman persaraan Irfan daripada sukan bola sepak, kes tersebut mula kendur dan akhirnya sudah dilupakan walaupun masih lagi dalam keadaan tertanya-tanya.

Musim 2015 kini menjelma dengan permulaannya, setiap pasukan sibuk mencari pemain dan mendaftarkan nama pemain sebelum tarikh yang telah ditentukan.

Sekali lagi Irfan Ghani mencetuskan kontroversi apabila namanya dilihat tersenarai dalam barisan pemain untuk pasukan Johor Darul Ta'zim II yang akan beraksi di Liga Perdana. Mengapa perkara ini terjadi?

Tidak sampai setahun bersara, tiba-tiba musim ini tersenarai sebagai pemain bola sepak kembali?
Dan yang makin memelikkan, mengapa pasukan JDT?

Situasi ini menyebabkan para peminat bola sepak tempatan mula menilai dan memandang serong kredibiliti dan ketelusan dalam sukan bola sepak tempatan apabila dilihat banyak perkara yang diluar dari kebiasaan sering terjadi sejak kebelakangan ini.



Apapun, Irfan Ghani dan JDTII (PBNJ) pastinya ada jawapan tersendiri akan kontroversi yang berlaku ini dan kita nantikan apakah respon mereka apabila perkara ini dibangkitkan oleh pihak tertentu. Sebelum pihak lain menimbulkan persoalan, ada baiknya Irfan ataupun JDTII sendiri membuat penerangan dan makluman bagi memberi kefahaman kepada semua pihak.

Atau, mungkin juga Irfan Ghani yang tersenarai namanya itu adalah orang lain. Kebetulan saja namanya sama. Mungkin kah? 


Formasi Liga Malaysia Official

Post a Comment

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top