Pasukan PDRM yang mendapat bimbingan jurulatih Dollah Salleh pada sesi tahun 2014 yang lalu di lihat konsisten dan mempamerkan aksi memukau di setiap perlawanan. Walaupun pada awalnya, PDRM tidak dilihat sebagai pasukan yang perlu diberi perhatian, namun Dollah Salleh membuktikan pasukan bimbingannya itu bukanlah satu pasukan yang boleh dipandang ringan.
Setelah Dollah Salleh dilantik sebagai jurulatih kebangsaan, PDRM terus mara dengan bimbingan jurulatih baru dan juga bekas pemain kebangsaan, Azman Adnan. PDRM memulakan tempoh pra-musim ini dengan pelbagai persiapan termasuk membuat latihan di Hong Kong dan juga mengadakan perlawanan persahabatn bersama pasukan Sun Pegasus Club dan Hong Kong Ranger Club.
Barisan pemain PDRM juga memperlihatkan satu pasukan yang bersedia untuk mencabar pasukan sedia ada dan tidak mustahil akan ada kejutan yang bakal dilakukan oleh PDRM. Nama-nama pemain yang turut bermain bersama pasukan kebangsaan seperti Afif Kamarudin dan Muslim Ahmad pasti memberi kelebihan buat PDRM. Di samping itu kemasukan pemain baru seperti Nurul Azwan Roya yang sebelum ini banyak berehat di JDT dan juga Shahurain Abu Samah pasti menjanjikan aksi yang lebih agresif.
Setiap pasukan lawan yang berdepan dengan PDRM juga pastinya perlu berwaspada dengan pemain import yang sudah terbukti kehebatannya pada musim lepas. Nama-nama seperti Mohamadou Sumareh, Dramane Traore dan juga Ali Ashfaq harus diberi perhatian serius apabila berhadapan dengan pasukan ini.
Sumber Gambar: https://www.facebook.com/pdrmfc
Formasi Liga Malaysia Official
nice blog bro.
ReplyDeleteThanks bro. Just sharing cerita2 bola sepak malaysia.
ReplyDelete