Gary Steven Robbat terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi di pembukaan perlawanan pada 31hb Januari ini bersama pasukan Johor Darul Ta'zim apabila diputuskan tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana pasukan.
Kontroversi perebutan Gary Steven Robbat dengan pasukan Kedah, Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan Pahang berakhir apabila pemain tengah berusia 22 tahun itu digantung tiga bulan dan denda RM50,000 selepas Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan dia bersalah melanggar peraturan perpindahan pemain.
Gary yang tidak dibenarkan beraksi dalam sebarang kejohanan berkuat-kuasa hari ini juga tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontrak yang ditandatangani bersama Johor DT dan Pahang sebelum 1 Disember 2014 tidak sah.
Manakala Kedah juga tidak berhak untuk memiliki bekas pemain Harimau Muda A kelahiran Kulim itu selepas FAM mendapati dia memulakan karier bola sepak bersama Harimau Muda C.
Sementara itu, Johor DT pula didenda RM100,000 kerana kecuaian dalam urusan perpindahan pemain namun Pahang hanya dikenakan amaran keras.
Dalam satu lagi kes, Mohd Faizol Hussien terpaksa membayar RM130,000 kepada Pahang sebagai tebus kontrak untuk menyertai Johor DT II.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.