Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang merupakan penyandang juara Liga Super Malaysia 2014 telah memperkenalkan jersi terbaharu mereka beserta pemain-pemain untuk musim 2015.
Majlis tersebut berlansung pada 29 Disember 2014 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru. majlis bermula jam 8.30 malam. Majlis tersebut turut dihadiri Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang juga merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Johor.
Pihak FLM melihat perkara ini sebagai satu sikap yang sangat bersemangat telah ditunjukkan oleh pasukan JDT yang telah melengkap pasukan mereka sebelum menjelangnya tahun baru 2015.
Jika melihat 3 versi jersi yang diperkenalkan ini, menampakkan JDT terus menggunakan pakai jersi keluaran Nike yang merupakan jenama yang terunggul dalam arena sukan bola sepak bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Jersi utama mereka yang masih mengekalkan warna tema merah biru tidak jauh beza dengan jersi untuk musim lepas. Cuma warna biru untuk jersi kali ini kelihatan lebih tebal berbanding musim lepas dan menampakkan satu mood baru yang menonjolkan jersi ini lebih tampak gah dan menyerlah.
Manakala jersi kedua dan ketiga mereka menggunakan satu tona warna yang sama iaitu putih dan hitam. Walaupun tidak menampakkan satu corak kombinasi warna yang pelbagai, namun ianya sudah cukup untuk meberi satu trade mark yang tersendiri bagi JDT.
Berkemungkinan warna ini juga akan mengingatkan peminat dengan warna jersi pasukan luar negara yang dilihat dominan dengan corak jersi sebegitu seumpama pasukan Real Madrid. Cuma untuk jersi warna putih itu, pemain nampaknya perlu mengenakan baju dalam bagi mengelakkan tubuh mereka kelihatan terdedah apabila sudah berpeluh dan jersi akan melekat pada tubuh badan.
Sumber gambar daripada: Johor Southern Tiger
Formasi Liga Malaysia Official
Post a Comment