Meskipun tewas dengan agregat 3-4 kepada Thailand, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh berpuashati aksi anak buahnya yang tampil dengan aksi cemerlang. Bagaimanapun Thailand lebih bijak mengenalpasti kelemahan skuad Malaysia yang berdepan masalah kecergasan selepas 70 minit perlawanan sekaligus memanfaatkan peluang tersebut meraih dua gol untuk mencatat kejuaraan kali ini. Hanya dalam masa sebulan bersama pemain, Dollah berbangga dengan prestasi pasukannya yang mara ke final. Bagi kejohanan akan datang, Dollah akan lebih memberi penumpuan kepada pemain muda. Namun khidmat beberapa pemain senior masih diperlukan untuk memberi panduan kepada pemain muda.
Bagi Ketua Jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang perlawanan semalam amat sengit ditambah dengan kehadiran hampir 100 ribu penyokong tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bagaimanapun bagi pengendali Thailand yang pernah menyarung jersi Perlis sebagai pemain import suatu masa dahulu, harapannya agar medan kejohanan AFF ini dimanfaatkan setiap pasukan untuk melahirkan lebih ramai pemain Asia Tenggara yang bermutu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Sumber: Facebook FAM
Ulasan FLM:
Dollah Salleh berjaya membawa Harimau Malaya ke pentas akhir piala AFF Suzuki. Di sebalik keberjayaan itu, pasti macam-macam cerita belakang yang kedengaran.
Skuad Dollah Salleh masih lagi dibayangi dengan barisan pemain coach Rajagopal. Mungkin resepi Dollah Salleh membawa semangat tahun 2010 itu supaya semua pemain yang pernah beraksi pada tahun tersebut di panggil semula dalam saingan kali ini.
Dollah Salleh memang tidak cukup masa untuk membentuk sebuah pasukan baru dengan jangka masa yang pendek. Tambahan pula dengan jadual Liga Super, Liga Perdana Piala FA dan Piala Malaysia yang memenatkan, pasti tindakan Dollah Salleh ini wajar.
Dollah Salleh tidak berani mempertaruhkan pemain-pemain muda yang sebelum ini menunjukkan persembahan yang tidak kurang hebatnya seperti Wan Zack haikal, Wan Zaharul Nizam dan seumpamanya.
Jelas di sini, di sebalik keberjayaan pasukan Malaysia berjaya melangkah ke final AFF Suzuki Cup, ianya melangkah dengan pelbagai ketempangan dan kekurangan. Faktor nasib banyak menyebelahi Malaysia dalam saingan ini. Benar, bola sepak itu, apa-apa pun boleh terjadi.
Iktibarnya, jangan terlalu mengharap nasib menyebelahi Malaysia. Biarlah nasib tidak menyebelahi tetapi strategi dan formasi yang ditampilkan adalah sebuah pasukan yang benar-benar mantap.
Formasi Liga Malaysia Official
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.