0

Impian Malaysia untuk membali balik trofi Piala AFF Suzuki buat kali kedua musnah selepas Thailand menang agregat 4-3 pada aksi akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Kesedihan skuad Malaysia terubat dengan apabila Safiq Rahim diumumkan pemenang kasut emas kejohanan itu dengan jaringan enam gol.

Pada aksi yang penuh dramatik dengan kehadiran 90 ribu penyokong ke stadium, peluang Harimau Malaya untuk meraih kemenangan begitu hampir selepas menjaringkan tiga gol seawal minit ke-4 melalui sepakan penalti oleh perancang utama Safiq, tandukan Indra Putra Mahayuddin untuk kedua (minit ke-45) manakala gol ketiga juga dari Safiq pada minit ke-58.

Bagaimanapun skuad Gajah Perang yang dibimbing Kiatisuk Senamuang bangkit mencari gol kemenangan sepuluh sebelum tamat permainan sebenar hasil jaringan penyerang Yannic Chappuis pada minit ke-82.

Dan pada minit ke-88 pemain lawan, Chanathip memastikan trofi itu kukuh dalam genggaman mereka.

Safiq Rahim berjaya merangkul anugerah Kasut Emas selepas menjaringkan 6 gol di sepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki ini. Apa yang menarik, 4 daripada 6 gol ini adalah gol hasil daripada sepakan penalti manakala dua lagi gol diperolehi hasil daripada gol padang semasa menentang Singapura dan juga gol sepakan bebas (free kick) semasa perlawanan akhir menentang Thailand.

Formasi Liga Malaysia Official

Post a Comment

 
Top