0
Pasukan Selangor menjadi satu-satunya pasukan daripada Malaysia yang menyertai saingan merebut Piala Walikota Padang 2015. Pada awalnya, pasukan Sarawak di antara pasukan yang tersenarai untuk turut sama bersaing merebut kejohanan ini tetapi telah menarik diri di saat akhir.

Tempat pasukan Sarawak FA telah digantikan juara Divisi Utama Liga Indonesia 2014, Pusamania Borneo FC (PBFC). Di kejohanan ini, PBFC tersenarai di dalam di Kumpulan A bersama tuan rumah PSP Padang dan Persib Bandung.

Sementara di Kumpulan B adalah Semen Padang FC, Persiba Balikpapan dan Pasukan tunggal Malaysia Selangor FA.


JADUAL KEJOHANAN PRA MUSIM PIALA WALIKOTA PADANG 2015

AHAD, 4 Januari 2015
GRUP A: PSP Padang vs Persib Bandung (16:00 WIB)
GRUP B: Semen Padang vs Persiba Balikpapan (19:00 WIB)

ISNIN, 5 Januari 2015
GRUP A: Persiba Balikpapan vs Selangor FA (16:00 WIB)
GRUP B: PSP Padang vs Pusamania Borneo FC (19:00 WIB)

Selasa, 6 Januari 2015
GRUP A: Persib Bandung vs Pusamania Borneo FC (16:00 WIB)
GRUP B: Selangor FA vs Semen Padang (19:00 WIB)

Kamis, 8 Januari 2015
Perebutan tempat ketiga: Runner-up Grup A vs Runner-up Grup B (16:00 WIB)
FINAL : Juara Grup A vs Juara Grup B (19:00 WIB)

Sistem kiraan mata :
- Menang - 3 mata
- Seri - jaminan satu mata tetapi perlu melalui sepakan penalti. Pemenang akan memperolehi dua mata.
- Kalah - 0 mata


Syarat Lain :
- Boleh mengganti pemain sebanyak 7 orang.
- Jika dalam satu kumpulan mempunyai mata yang sama, penilaian akan dibuat melalui undian, perbezaan gol dan 'head to head'.
- Juara kumpulan akan terus ke final (Johan kumpulan A vs Johan Kumpulan B)

Hadiah :
RP 400 Juta (Juara)
RP 200 Juta (Naib Juara)
RP 100 Juta (Ketiga)
Penjaring terbanyak & Fair Play (tidak disebut amaunnya)


Semoga berjaya buat pasukan Selangor!


Sumber: https://www.facebook.com/selangorfansclub?ref=br_rs


Formasi Liga Malaysia Official

Post a Comment

 
Top