0
Setelah selesai kejohanan Piala Suzuki AFF, kini perhatian seluruh peminat sukan bola sepak tanahair tertumpu kepada persiapan setiap pasukan bola sepak negeri dan kelab mempersiapkan barisan pemain dan aktiviti masing-masing.

Namun, dalam keriuhan persiapan tersebut, dunia bola sepak tempatan sedikit dilanda kekeliruan apabila terdapat beberapa perkara yang menjadi tanda tanya beberapa pihak.

Gary Steven Robbert mencetuskan kontroversi di hujung tahun 2014 yang lalu apabila 3 buah pasukan mendaftarkan namanya sebagai pemain pasukan masing-masing. Pasukan tersebut adalah Pahang, Johor Darul Ta'zim dan juga Kedah. Isu tersebut dikendurkan apabila pasukan Harimau Malaya sedang bertarung hingga berjaya melangkah ke pusingan akhir.



Status Gary Steven Robbert yang masih menjadi tanya belum ada apa-apa jawapan rasmi daripada pihak FAM. Namun, secara tiba-tiba, kelibat pemain ini kelihatan semasa pasukan JDT membuat latihan pra-musim di pusat latihan mereka.

Gary Steven Robbert seterusnya diumumkan secara oleh pihak JDT dan PBNJ sebagai pemain Johor Darul Ta'zim untuk saingan tahun 2015 secara rasmi dalam sebuah majlis memperkenalkan pemain kepada media dan juga peminat mereka. Perkembangan ini menimbulkan kekeliruan banyak pihak hingga mengundang kritikan dan tohmahan di antara satu sama lain.



Apa yang menjadi persoalan sekarang ini, adakah status Gary sudah diputuskan sah milik JDT sedangkan dalam masa yang sama, dikhabarkan beliau sudah mengikat kontrak bersama pasukan Pahang? Di samping itu, Gary juga terikat dengan peraturan untuk kembali ke negeri kelahiran asal apabila dilepaskan oleh pasukan Harimau Muda.

Polemik ini akan terus berterusan selagi mana pihak berkuasa bola sepak tempatan tidak campur tangan dan memberikan sebuah keputusan yang adil dan mengikut lunas peraturan yang telah ditetapkan. Saingan pertama musim ini akan bermula secara rasmi pada 31hb Januari 2015 dengan pertembungan pertama antara pasukan JDT bertemu Pahang di Stadium Larkin.


Formasi Liga Malaysia Official

Post a Comment

 
Top